1News Online:
Home » , , » Benitez yakin mampu pintas MU, City

Benitez yakin mampu pintas MU, City

Sunday, December 9, 2012 | 4:08 PM


PENGURUS sementara Chelsea, Rafael Benitez menyifatkan kemenangan ke atas Sunderland merupakan perkara lebih lebih penting buat pasukannya daripada memenangi hati penyokong sendiri.

Sebelum ini, Benitez dikritik hebat, malah mengundang kemarahan peminat The Blues.

Pemilik Chelsea, Roman Abromovich melantik beliau menggantikan Roberto di Matteo yang dipecat.

"Bukan untuk saya, untuk pasukan, untuk kelab, untuk semua orang di sini, kita mahu menang dan kami mahu menang bersama-sama," katanya.

Semalam, penantian yang ditunggu-tunggu Chelsea akhirnya tiba apabila The Blues menamatkan badi kekalahan dalam tujuh perlawanan sebelum ini dengan menundukkan Sunderland 3-1  di Stadium of Light.

Kemenangan ini membuatkan Chelsea kekal di tangga ketiga dengan meraih 29 mata setelah mengharungi 16 perlawanan setakat ini.

Susulan kemenangan itu, Benitez yakin sambil menegaskan bahawa Chelsea masih boleh mencabar kejuaraan EPL daripada dua dua pesaingnya, Manchester United (MU) dan Manchester City.

"Di Valencia kami lapan mata di belakang.

"Jika kami melakukan perkara yang sama di sini, kami akan mampu merangkul kejuaraan.

"Lagipun, saya tidak bimbang tentang jarak, cuma yang lebih penting adalah kita perlu menang dan merapatkan mata," ujarnya.

Tambahnya, "ia adalah penting untuk menunjukkan tahap yang sama dan menunjukkan kita mempunyai kualiti yang boleh dibanggakan."

"Teruskan dengan corak permainan ini dan kita akan menang lebih banyak perlawanan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger