1News Online:
Home » , , » Benitez yakin peluang Chelsea masih terbuka untuk jadi juara

Benitez yakin peluang Chelsea masih terbuka untuk jadi juara

Saturday, December 15, 2012 | 6:05 PM


RAFAEL BENITEZ percaya Chelsea masih mempunyai peluang untuk menyaingi Manchester United (MU) dan Manchester City, sekali gus menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus Chelsea itu yakin kemenangan ke atas Corinthians dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab esok akan dapat menyuntik semangat ke atas pasukannya.

Peluang itu masih terbuka apabila Chelsea menentang Aston Villa pada 24 Disember nanti.

"Orang memberitahu saya bahawa ia umpama perlumbaan dua ekor kuda yang realistik, jika anda menang dua atau tiga kali berturut-turut, maka anda akan mempunyai keyakinan yang tinggi," kata Benitez.

Beliau menambah, "jika kita menang di sini seperti yang kita lakukan terhadap Monterrey di aksi separuh akhir dengan kualiti dan bahagian pertahanan yang baik, tidak mustahil kita akan meraih kemenangan dengan mudah."

Menurutnya lagi, apa yang penting cara mereka dilatih.

Benitez yakin pasukannya akan melakukan yang lebih baik dari masa ke semasa.

"Jika menentang Aston Villa minggu depan, kami boleh membina tahap keyakinan yang sama, malah mungkin lebih dari itu," jelasnya lagi.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger