1News Online:
Home » » Bipasha Basu Nafikan Bercinta Dengan Salman Khan

Bipasha Basu Nafikan Bercinta Dengan Salman Khan

Sunday, December 23, 2012 | 1:41 AM



SELAMA ini, pasangan Salman Khan dan Bipasha Basu dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta walaupun tiada pengesahan yang diberikan.

Bagaimanapun, menurut laporan One India, Bipasha telah menjelaskan bahawa tiada hubungan yang istimewa berlaku antaranya dengan aktor sasa itu.

"Berita itu sangat mengarut. Saya tak tahu nak cakap apa. Salman hanya teman dan saya juga mempunyai ramai teman-teman lelaki lain.

"Mungkin kerana Salman lebih dikenali, kami menjadi perhatian," katanya

Gosip tentang hubungan mereka muncul apabila Bipasha melancarkan cakera video digital (DVD) aerpbik di majlis Salman dan mereka dilihat amat mesra.

Bagaimanapun Salman sehingga kini sering digosipkan menjalinkan hubungan lagi dengan bekas kekasihnya Katrina Kaif walaupun mereka sudah lama putus.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger