1News Online:
Home » , , » Brendan Rodgers menolak akan berbelanja besar?

Brendan Rodgers menolak akan berbelanja besar?

Tuesday, December 18, 2012 | 4:28 PM

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers telah menolak kemungkinan bahawa kelab akan berbelanja besar untuk mendapat pemain berkualiti dalam musim perpindahan.

Kempen Reds bertambah derita pada hujung minggu yang lalu apabila mereka dikalahkan 3-1 kepada Aston Villa.

Kini, pasukan bimbingan Rodgers itu berada di tempat ke 12 dalam kedudukan setelah memungut hanya 22 mata dalam 17 perlawanan menyebabkan harapan untuk mendapat tempat empat teratas pada musim ini kelihatan pudar.

Memandangkan cabaran yang dilalui Liverpool baru-baru ini, para penyokong telah menggesa Rodgers untuk mengukuhkan skuad pada bulan Januari nanti dan kelab dikaitkan dengan beberapa pemain seperti Klaas-Jan Huntelaar, David Villa dan Theo Walcott.

Walaubagaimanapun, Rodgers menegaskan bahawa beliau tidak akan berbelanja besar untuk membeli 'pemain teratas' dalam musim perpindahan akan datang walaupun tetap mengakui bahawa beliau akan menawar satu atau dua pemain baru.

"Tiada keraguan bahawa kami akan membeli beberapa pemain kerana kami memerlukan mereka tetapi ia akan berdasarkan dua perkara - jika mereka dilepaskan dan harga bagi setiap pemain," Rogers memberitahu the Guardian.

"Saya telah menyaksikan ramai pemain yang diletakkan nilai harga yang tinggi kerana kelab ingin mendapatkan lebih wang.

"Kesemua masalah kami tidak akan selesai hanya dengan musim perpindahan ini. Ia tidak meragukan bahawa kami ingin mendapat lebih banyak jaringan gol dan menawar pemain yang bijak untuk mengukir peluang di atas padang.

"Jika kami mampu melakukan sedemikian, mungkin ia akan mengukuhkan pasukan dan kami mampu muncul sekali lagi dalam musim perpindahan dalam musim panas akan datang.

"Kami tidak mampu menyelesaikan masalah dengan hanya satu musim perpindahan sahaja. Ia lebih dari itu terutama untuk meningkatkan prestasi pasukan dan saya merasakan bahawa kami semakin hampir dengan itu.

Liverpool akan bersaing bersama Fulham dalam pertemuan Liga Perdana seterusnya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger