1News Online:
Home » , » Casillas akur dan terima keputusan Mourinho

Casillas akur dan terima keputusan Mourinho

Monday, December 24, 2012 | 11:10 AM


Iker Cassilas menyatakan bahawa beliau terima keputusan Mourinho walaupun dikecualikan dari perlawanan Real Madrid dalam perlawanan menentang Malaga.

Keputusan Mourinho untuk menggantikan salah satu kapten paling lama di Real, Casillas dengan pilihan kedua, Antonio Adan sebagai penjaga gawang, telah menimbulkan banyak persoalan.
Mourinho berkata pada akhir perlawanan di mana Madrid dibenam 3-2 sekaligus melebarkan jarak ke 16 mata di belakang Barcelona dalam kedudukan, bahawa keputusan beliau hanya buat sementara.

Beliau memberitahu saluran televisyen La Sexta pada perlawanan amal di Madrid pada hari Ahad:"Pengurus akan memutuskan pasukan manakah beliau yakin yang terbaik dalam setiap perlawanan anda harus menerima keputusan beliau.

"Saya kurang biasa dikecualikan sebagai seorang pemain gantian tetapi saya akan mementingkan kebaikan pasukan. Saya masih akan berlatih dan cuba mendapat keyakinan pengurus."

Casillas yang telah menjulang beberapa kejohanan bersama Madrid dan juga mengetuai Sepanyol dalam saingan Piala Dunia dan juga Kejohanan Eropah berturut-turut, menambahkan: "Hanya pengurus dapat memutuskan kesebelasan pasukan untuk dimainkan. Ia merupakan permainan yang hebat bersama Antonio.

"Saya telah menjangkakan bahawa saya tidak akan diturunkan sepanjang minggu namun ia tidak akan menghampakan keyakinan saya. Perkara yang paling penting pada masa ini adalah pasukan menang di Malaga untuk meningkat kedudukan.

"Mourinho tidak menjelaskan apa-apa kepada saya. Beliau tidak akan melakukan sedemikian tidak kira jika saya main ataupun tidak."

Mourinho pula berkeras bahawa beliau tidak kesal dengan keputusan untuk mengecualikan Casillas dalam permainan.

Katanya setelah jejak di lapangan terbang Lisbon pada hari Ahad, pengurus Portugis berkata kepada akhbar AS: "Casillas? Saya yakin dengan keputusan diri. Saya selalu cuba sedaya upaya untuk menurunkan kesebelasan pasukan yang terbaik untuk setiap perlawanan."

Kekalahan kepada Malaga adalah kali ke tujuh Madrid pada musim ini dalam kesemua pertandingan, rangkulan lebih banyak dari apa yang dilalui pada kempen lalu dan ia terbukti telah lebih menekankan pengurus Mourinho.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger