1News Online:
Home » , , » Cech gembira di Jepun

Cech gembira di Jepun

Monday, December 10, 2012 | 4:01 PM


Penjaga gawang Petr Cech menegaskan bahawa saingan Piala Dunia Kelab tidak akan menjejaskan prestasi Chelsea.

Pasukan Blues tiba di Jepun pagi ini untuk menyiapkan diri sebelum penampilan pertama dalam pertandingan pada hari Khamis apabila mereka bertemu pasukan Mexico, Monterrey untuk peringkat separuh akhir di Yokohama.

Dengan dua kemenangan dari dua perlawanan sebelum itu, termasuk mengalahkan Sunderland pada hujung minggu, Chelsea kini tampil lebih menyerlah dan kerana jadual yang ketat pada musim Krismas ini, kunjungan ke Jepun dikatakan akan menjejaskan prestasi pasukan.

Namun, Cech enggan menyifatkan pertandingan sebegitu.

"Saya amat gembira di sini," pemain yang berusia 31 tahun itu berkata di laman web rasmi kelab. "Ia akan menjadi pengalaman yang baik bagi setiap pemain jika anda dapat beraksi dalam pertandingan yang hebat.

"Anda hanya dijemput jika anda memenangi Liga Juara-Juara, yang tidak sukar. Saya hanya perlu menunggu lapan tahun untuk menyertai Chelsea jadi saya mengharapkan bahawa kami akan memanfaatkan peluang itu.

"Kededua keputusan sebelum itu amat memuaskan jadi kami ingin mengekalkan prestasi dalam pertandingan dan mengharapakan bahawa ia mampu membawa kami ke hadapan.

Chelsea akan menyertai pertandingan itu di peringkat empat teratas bersama pasukan juara Copa Libertadores, Corinthians dan kededua pasukan juara Eropah dan Amerika Selatan itu merupakan pilihan kegemaran untuk bertemu di peringkat akhir.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger