1News Online:
Home » , , » Chelsea boleh ucap selamat tinggal

Chelsea boleh ucap selamat tinggal

Wednesday, December 5, 2012 | 9:44 AM



LONDON - Pemain tengah Juventus, Andrea Pirlo berikrar akan menambah derita Chelsea pada aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara esok.

Menang atau seri untuk kelab Itali itu sewaktu menentang Shakhtar Donetsk di Ukraine bakal meleburkan impian Chelsea mempertahankan kejuaraan kejohanan kelab Eropah paling berprestij itu.

Dalam masa yang sama bintang Juventus, Pirlo juga menolak kemungkinan wujud sebarang taktik kotor untuk mereka mencapai sasarannya.

Dia berkata: "Jika ada sesiapa yang percaya bahawa Juve dan Shakhtar berpakat untuk melakar keputusan seri, ternyata mereka silap.

"Perbezaan menamatkan saingan di tempat pertama atau kedua mampu memberi impak besar pada undian peringkat kalah mati nanti.

"Jadi motivasi kami untuk mengalahkan Donetsk amat tinggi. Saya minta maaf kepada para penyokong Chelsea tetapi mereka perlu tahu bahawa mereka sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Juara-Juara.

"Kami mempamerkan permainan yang hebat dan menewaskan Chelsea 3-0 merupakan detik yang cukup penting." - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger