1News Online:
Home » , , » Chelsea dipintas Arsenal

Chelsea dipintas Arsenal

Sunday, December 23, 2012 | 10:54 AM



WIGAN - Gunners terus mengukuhkan kedudukan dalam pemburuan slot ke Liga Juara-Juara apabila meraih kemenangan ketiga berturut-turut dengan mengecewakan Wigan 1-0 di Stadium DW, semalam.

Tiga mata penuh itu memberikan peluang kepada Arsenal untuk memintas Chelsea di tempat ketiga dalam tempoh 24 jam dengan perbezaan satu mata.

Gol tunggal Arsenal diperoleh Mikel Arteta melalui sepakan penalti pada minit ke-60 selepas Theo Walcott dijatuhkan oleh Jean Beausejour.

Sebelum itu pada minit ke-49, Walcott yang menerima hantaran daripada Alex Oxlade-Chamberlain melepaskan peluang terbaik meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-49 selepas bola percubaannya dapat diselamatkan oleh penjaga gol Wigan, Ali Al Habsi.

Walaupun tewas, Wigan berjaya memberikan tentangan sengit kepada anak-anak buah Arsene Wenger dengan melancarkan 14 percubaan tepat ke pintu gol berbanding Arsenal, 11.

Malah, Arsenal dilihat sedikit bernasib baik pada minit-minit terakhir permainan apabila bola rembatan Jordi Gomez mengenai tangan Thomas Vermaelen.

Namun, pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah sekali gus membuatkan Wigan terus berduka untuk meraih sebarang kemenangan dalam lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger