1News Online:
Home » , » Chelsea lepaskan Lampard

Chelsea lepaskan Lampard

Wednesday, December 26, 2012 | 2:23 PM



Chelsea dilaporkan telah memberitahu Frank Lampard bahawa beliau boleh berpindah pada bulan Januari nanti.

Walaupun kontrak bakal tamat pada akhir musim ini, Lampard telah meluahkan keinginan untuk kekal bermain dan bersara di Stamford Bridge.

Pengurus baru Chelsea Rafa Benitez turut menyertakan pemain Inggeris itu untuk membuktikan kebolehan minggu lalu dan Lampard berjaya melakukan sedemikian dengan menjaringkan gol dalam permainan menentang Aston Villa dalam penampilan ke 500 dengan jersi Blues.

Walaubagaimanapun, The Sun telah melaporkan bahawa ia mungkin terlambat bagi pemain yang berusia 34 tahun itu setelah beliau digalakkan untuk mencari kelab lain pada bulan Januari nanti sebelum perlawanan menentang pasukan bimbangan Paul Lambert.

Salah satu sumber Chelsea turut memberitahu akhbar Inggeris itu bahawa Lampard kelihatan kecewa kerana telah kekal di kelab selama beberapa tahun dan tidak diperlukan lagi oleh badan induk Blues: "Frank jelas amat kecewa."

"Beliau ingin kekal di Chelsea tetapi mereka telah melepaskan beliau untuk mencari kelab baru pada bulan Januari nanti. Beliau bertekad hanya untuk bermain d Chelsea kerana kelab bermakna segala-galanya untuk beliau."

Lampard telah menang tiga kejohanan Liga Perdana, empat piala FA, dua piala Capital One dan satu kejohanan Liga Juara-Juara bersama Chelsea.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger