1News Online:
Home » , , » Chelsea, Man. City boleh lupakan Pep

Chelsea, Man. City boleh lupakan Pep

Friday, December 21, 2012 | 3:24 AM

LONDON - Alex Ferguson memberi amaran kepada Manchester City dan Chelsea agar melupakan Pep Guardiola memandangkan bekas pengendali Barcelona itu tidak berminat untuk kembali dalam dunia pengurusan buat masa sekarang.

Kedua-dua gergasi Liga Perdana Inggeris itu sedang memburu khidmat Guardiola, manakala Ferguson sendiri tidak menyembunyikan hasrat untuk mendapatkan jurulatih tersebut sebagai calon penggantinya apabila dia meninggalkan Manchester United.

Ferguson telah bertemu Guardiola di New York beberapa kali sejak bekas pemain tengah Sepanyol itu mengumumkan yang dia mahu berehat seketika daripada bola sepak.

Ditanya apakah Guardiola sedar mengenai trend semasa di mana sentuhan pengurus juga menjadi buruan seperti pemain bintang, Ferguson berkata: “Sukar saya hendak kata. Saya ada bercakap dengan Pep dan dia mengakui tidak berminat untuk kembali dalam dunia pengurusan buat masa ini.

“Dia memiliki rekod menakjubkan. Trofi yang dimenangi bersama Barcelona sangat mengkagumkan dan itulah Curriculum vitae (CV) yang dimiliki. Barca masih mengekalkan corak dan gaya permainan menarik biarpun Pep sudah tiada kerana dia telah menanamkan etika itu ke dalam diri setiap pemain.

“Mereka sentiasa bekerja keras untuk merebut bola dan kalau dan apabila ia ditambah dengan kawalan permainan yang baik, itu menjadikan Barcelona pasukan yang hebat."

Guardiola telah membimbing Barcelona memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara, selain muncul juara Liga Sepanyol tiga kali.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger