1News Online:
Home » » Chelsea nafi panggil Avram

Chelsea nafi panggil Avram

Tuesday, December 4, 2012 | 9:54 AM

Chelsea menafikan laporan yang telah menyatakan bahawa Avram Grant bakal membuat penampilan kembali ke Stamford Bridge.


Masa Jose Mourinho di Real dijangka akan berakhir pada akhir musim ini - sama seperti kontrak pengurus eksperimen, Rafael Benitez di Chelsea.

Jika Roman Abramovich tidak boleh menyakinkan Pep Guardiola untuk mengurus Chelsea pada akhir musim, ia tidak akan mnengejutkan jika pemilik Russia itu akan menawar the 'Special One' untuk era kedua di Stamford Bridge.

Mourinho berkata dalam temubual CNN pada bulan Oktober bahawa beliau mempunyai hubungan yang baik bersama Abramovich.

Hari ini, Mourinho telah menolak laporan dalam akhbar harian Sepanyol, Marca bahawa kelab sedang mengintai pengurus baru pada akhir musim namun akhbar itu turut mendakwakan bahawa hubungan antara pengurus Portugis dan presiden Florentino Perez tidak stabil.

Mourinho menjawab: "Saya tidak akan memberikan kenyataan tentang ini. Tiada apa-apa yang perlu dikatakan."

Ia juga dilaporkan bahawa Grant, bekas pengurus Chelsea yang pernah membawa pasukan ke peringkat akhir dalam saingan Liga Juara-Juara pada tahun 2008, akan kembali sebagai penasihat kepada Benitez. Seorang wakil hari ini telah menegaskan: "Ia tidak benar."

Benitez ditinggalkan tertekan dalam lebih kurang dua minggu apabila dilantik sebagai pengurus baru Chelsea, namun beliau bertekad tidak akan berputus asa setelah meluahkan kemarahan beliau kepada para pemain dalam kekelahan 3-1 di West Ham.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger