1News Online:
Home » » Chris Martin hampir Bakar Rumah

Chris Martin hampir Bakar Rumah

Sunday, December 16, 2012 | 11:59 PM


VOKALIS kumpulan Coldplay, Chris Martin hampir membakar rumahnya sendiri beberapa kali gara-gara cuba memasak di dapur.

Seperti dilaporkan oleh NME, isterinya Gwyneth Paltrow memberitahu dia sentiasa dalam keadaan sedia untuk mendail pihak bomba setiap kali suaminya itu cuba memasak.

Paltrow memberitahu kejadian rumah mereka hampir terbakar terjadi sebanyak dua kali sebelum ini.

"Dua kali dia cuba memasak dan dapur hampir terbakar sehingga menyebabkan pasukan pemadam api datang ke rumah kami," ujarnya.

Gara-gara kejadian tersebut, Paltrow berkata, rumah mereka yang terletak di London telah dilengkapi dengan alat pemadam api kerana bimbang ia akan terjadi sekali lagi.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger