1News Online:
Home » , , » City akan Menang - Mancini

City akan Menang - Mancini

Sunday, December 9, 2012 | 11:45 AM

Roberto Mancini telah menyatakan bahawa beliau tidak bimbang tentang prestasi pasukannya dalam pertemuan dengan Manchester United.

Juara Liga England itu gagal mengulangi prestasi yang mengagumkan musim lepas.

Walaupun mereka telah mengalahkan Tottenham bulan lepas, Manchester City tersekat dalam perlawanan dengan Chelsea, Arsenal dan Everton dan terpaksa puas dengan keputusan seri.

Kejuaraan Liga Juara-Juara mereka musim ini juga amat mengecewakan dengan kekalahan kepada Real Madrid, Ajax dan Borussia Dortmund yang menyingkir mereka dari peringkat kumpulan.

City kini tiga mata di belakang ketua liga Manchester United dan akan bertemu mereka dalam perlawanan derbi pada malam Ahad.

City belum kalah dalam liga, Mancini telah berkata: "Kami menguasai pertemuan dengan Chelsea tetapi kekurangan gol.

"Kami sepatutnya menang perlawanan dengan Arsenal tetapi mereka membolos gawang kami dalam 10 minit terakhir.

"Kami telah menghadapi berbagai-bagai masalah pada awal musim dan kini hanya tiga mata di belakang ketua liga.

"Saya tidak rasa pasukan kami mempunyai kualiti seperti musim lepas akibat kecederaan.

Pengurus yang berusia 48 tahun itu juga rasa yang ia lebih sukar untuk mempertahankan kejuaraan, seperti yang dilakukannya di Serie A dengan tiga kejuaraan berturut-turut dengan Inter Milan.

"Saya rasa ia agak sukar untuk memenangi dua kejuaraan berturut-turut di negara saya, tetapi di sini lebih sukar lagi." Mancini berkata.

"Ini perkara biasa. Lebih lagi kerana kami pasukan baru yang telah meraih kejuaraan pertama selepas lebih 40 tahun.

"Ia lebih sukar kerana kami harus bekerja lebih keras.

"Kami ingin berusaha sedaya upaya kerana kami adalah juara liga ini dan mahu mempertahankan mahkota kami."

Kemenangan 6-1 City di Old Trafford musim lepas telah memainkan peranan penting dalam kejuaraan mereka yang terpaksa mengambil kira perbezaan gol.

Kemenangan kali kedua ke atas United pada bulan April lepas telah memberi City kelebihan dengan hanya dua perlawanan tinggal musim lepas.

Mancini telah berkata: "Terdapat beberapa perlawanan penting yang akan mengubah musim anda dan perlawanan derbi adalah satu darinya."

"Mereka mempunyai tiga mata lebih tetapi persaingan dalam pertemuan derbi agak sengit."
City berharap yang David Silva dapat sembuh sementara bek kiri Gael Clichy dan pemain midfield James Milner juga dijangka akan kembali.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger