1News Online:
Home » , , » City berikan hukuman seumur hidup

City berikan hukuman seumur hidup

Tuesday, December 11, 2012 | 1:33 PM


Penyokong Manchester City yang telah memasuki padang untuk berdepan dengan Rio Ferdinand, diberikan penggantungan seumur hidup dari kelab.

City telah mendedahkan bahawa Matthew Stott yang berusia 21 tahun, dikenakan hukuman penggantungan dari perlawanan City sehingga akhir musim hari ini dan bakal menerima penggantungan seumur hidup jika didapati bersalah di makhamah.

"Tiket beliau untuk menyertai perlawanan sehingga akhir musim, ditarik dan beliau akan melalui pendengaran kes di mahkamah. Jika didapati bersalah, beliau akan menerima hukuman penggantungan seumur hidup," wakil City menyatakan.

Stotte dijangka akan mengirimkan surat untuk meminta maaf kepada pemain pertahanan United, Ferdinand.

Ferdinand diserang dengan syiling setelah kemenangan gol lewat oleh Robin van Persie di Stadium Etihad dan berada dalam kesakitan akibat luka di atas mata, sebelum pemain pertahanan United itu berdepan dengan Stott yang telah memasuki padang.

Stott terpaksa ditangani oleh penjaga gawang City, Joe Hart sebelum ditangkap dan diberkas oleh polis.

Dalam kenyataan Stott yang merupakan seorang tukang kebun dari Knutsford, beliau berkata: "Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terjejas dengan kelakuan saya, terutama Mr Ferdinand dan pemain yang lain.

"Saya kesal dengan kelakuan saya dan telah menghampakan diri sendiri, keluarga, peminat dan kelab bola sepak Manchester City.

"Saya ingin menujukan surat ini kepada Mr Ferdinand untuk memohon maaf kepada kelab Manchester United.

"Saya amat berterima kasih kepada Joe Hart kerana telah menghalang saya di atas padang.

"Saya adalah seorang peminat Manchester City sejak kecil lagi dan telah membeli tiket sepanjang musim selama tiga tahun. Saya selalu menyaksikan perlawanan bersama bapa dan telah mendapat tempat yang sama sepanjang tiga tahun itu."

Hukuman Stott mungkin dipertimbangkan lagi kerana beliau tidak pernah menimbulkan masalah sebelum itu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger