1News Online:
Home » , , » City kerugian RM461 juta

City kerugian RM461 juta

Saturday, December 15, 2012 | 2:07 PM


MANCHESTER CITY mengalami kerugian RM461 juta pada tahun kewangan semasa, tetapi paras itu mengalami penurunan kira-kira 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ini mengumumkan kerugian pracukai RM461 juta berbanding RM937 juta yang direkodkan pada 2010-2011.

Bagaimanapun pendapatan City meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM1,142  juta, dengan penampilan pertama kelab itu dalam Liga Juara-juara  telah menyumbang lebih RM108 juta.

Perjanjian penajaan bersama Etihad Airways telah memberi perkongsian berganda hasil komersial, dari RM240 juta kepada RM479 juta.

City yang mengalami kerugian operasi juga mencatat peningkatan rekod dari RM959 juta kepada RM514 juta.

Kelab itu dibeli oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi pada tahun 2008.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger