1News Online:
Home » , » City tengok X Factor Sebelum jumpa United

City tengok X Factor Sebelum jumpa United

Sunday, December 9, 2012 | 9:53 AM



MANCHESTER - Manchester City tidak tertekan menjelang pertarungan besar menentang Manchester United hari ini kerana penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu mempunyai 'Faktor X' untuk menghadapi jiran mereka.

Pada ketika pemain United memilih untuk bersembunyi dalam bilik hotel yang terletak di pusat bandar, City satu-satunya pasukan yang belum kalah musim ini diberi kebebasan untuk berseronok.

Anak-anak buah Roberto Mancini itu keluar menonton program realiti X Factor yang berlangsung di Pusat Konvensyen Manchester untuk mengurangkan ketegangan.

Malah, mereka sudah menempah tiket untuk melihat keputusan pemenang program itu yang akan diumum sejurus selepas tamat pertemuan dengan United.

"City tiada masalah membenarkan pemain keluar malam asalkan mereka tidak mengambil minuman keras dan pulang terlalu lewat. Itu adalah cara untuk membolehkan pemain bertenang.

"Mereka akan kebosanan jika terperap dalam bilik hotel, jadi mereka menikmati Chris Maloney bertarung dengan James Arthur dan Jahmene Douglas dalam X Factor,'' menurut sumber rapat City.

City mengecewakan United pada hari terakhir liga musim lalu untuk menjulang kejuaraan pertama dalam tempoh 44 tahun ini, namun selepas 15 saingan musim ini, United menerajui liga dengan tiga mata.

United berharap Robin van Persie mampu meledak gol untuk mencalarkan rekod tanpa kalah City di tempat sendiri sejak Disember, 2010.

Penyerang Belanda itu telah menjaringkan 13 gol daripada 19 penampilan bersama United sejak berpindah dari Arsenal, namun Van Persie mengakui, tidak gembira dengan prestasinya setakat ini.

"Saya gembira berada di sini tetapi itu belum membuatkan saya puas hati, sebab saya percaya saya belum mengeluarkan yang terbaik.

"Memang kalau tengok statistik, 13 gol daripada 19 perlawanan nampak OK tetapi saya percaya saya boleh buat lebih baik lagi. Pertemuan dengan City adalah platform terbaik untuk melakukannya,'' ujar Van Persie. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger