1News Online:
Home » , , » David Luiz bertekad lebih positif dan matang

David Luiz bertekad lebih positif dan matang

Wednesday, December 12, 2012 | 4:15 PM

David Luiz bertekad untuk menjadi lebih matang setelah menghabiskan dua tahun bermain di Chelsea.

Pemain pertahanan itu menegaskan bahawa sudah tiba masa untuk beliau menjadi lebih matang dan membawa pasukan untuk meraih kemenangan di Piala Dunia Kelab.

Luiz sering digelar sebagai salah satu pemain bola sepak yang mempunyai imej kartun, terutama dengan gaya rambut 'Sideshow Bob' dan personaliti lucu beliau di atas dan luar padang.

Ia juga telah membuat pemain bintang Brazil yang berusia 25 tahun sebagai sasaran mudah untuk dikritik, sesuatu yang sering dinafikan oleh beliau dalam masa tempoh dua tahun di Stamford Bridge.

Beliau mengakui untuk kali pertama bahawa beliau pernah menerima beberapa kritikan yang sukar untuk diterima walaupun telah kekal menyatakan bahawa ia tidak akan menjejaskan prestasi beliau sebagai seorang pemain.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau cukup sedia untuk menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan oleh John Terry akibat kecederaan.

Luiz berkata: "Saya pernah menjadi kapten di Benfica apabila masih berumur 21 tahun. Saya sedar bahawa saya adalah seorang ketua semula jadi.

"Jadi saya sedar bahawa saya perlu menerima tanggungjawab pasukan dan membantu pemain muda.
"Saya suka dan ingin mendapat tempat itu. Saya lebih suka mengetuai pasukan untuk membantu pemain yang lain supaya mereka dapat bermain dengan tenang.

"Saya mampu bermain dengan lebih tanggungjawab. Saya sedar akan personaliti diri dan saya yakin bahawa ia telah membawa saya ke Chelsea."

Gary Neville pernah menyifatkan Luiz seperti seorang budak kecil yang berusia sepuluh tahun dan sedang bermain dengan PlayStation. Ia merupakan salah satu kritikan terhadap Luiz yang telah menarik perhatian ramai.

"Tiada orang yang suka dikritik," Luiz berkata.

"Ia akan menjejaskan pemikiran anda dan anda tidak memerlukan itu. Anda tentu akan bertanya: "Mengapakah mereka mengatakan sebegitu? Saya telah berusaha sedaya upaya."

"Anda akan melalui detik-detik seperti ini apabila anda dikecewakan tetapi anda tidak boleh kekal sebegitu. Anda harus menerima kritikan itu dan berjuang untuk masa depan.

"Saya sentiasa gembira kerana pasukan memerlukan saya untuk kekal positif."

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger