1News Online:
Home » » Dennis Quaid Bakal Bercerai Buat Kali Ketiga

Dennis Quaid Bakal Bercerai Buat Kali Ketiga

Sunday, December 2, 2012 | 11:40 PM



PELAKON Dennis Quaid telah menfailkan penceraian terhadap isterinya, Kimberly Buffington di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat selepas pasangan itu berpisah sejak Oktober lalu.

Dalam petisyen permohonan cerai itu, Dennis, 58, turut membuat permintaan supaya mereka diberi hak penjagaan bersama terhadap anak kembar mereka, Thomas dan Zoe, empat tahun.

Malah Dennis turut bersetuju untuk memberi nafkah kepada Kimberly selepas bercerai.

Ia bakal menjadi penceraian ketiga buat pelakon filem The Day After Tomorrow itu yang pernah berkahwin dengan Meg Ryan dan PJ Soles.

Kimberly sebelum ini pernah menfailkan penceraian terhadap Dennis pada Mac lalu namun menarik balik kerana ingin mencuba memperbaiki rumah tangganya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger