1News Online:
Home » , » Dominasi Barcelona tidak baik untuk La Liga

Dominasi Barcelona tidak baik untuk La Liga

Wednesday, December 26, 2012 | 7:57 AM




MADRID - Legenda Barcelona, Johan Cruyff menyifatkan kelebihan 16 mata yang dimiliki pasukan itu terhadap Real Madrid ketika ini boleh membunuh bola sepak Sepanyol.

Ketika ini, skuad kendalian Tito Vilanova selesa menerajui liga apabila mengutip 49 mata, jauh meninggalkan Real yang masih tercari-cari rentak sebenar.

Justeru, Cruyff percaya juara Liga Sepanyol musim ini bakal ditentukan lebih awal biarpun aksi liga masih berbaki 21 perlawanan.

"Jurang perbezaan mata (antara Barcelona dan Real) tampak begitu ketara. Terus terang saya katakan, ia tidak bagus buat Liga Sepanyol.

"Penyokong Barcelona mungkin boleh bergembira dengan keadaan itu, cuma saya rasa keterujaan itu telah pun berakhir sama sekali," kata Cryuff.

Saingan Liga Sepanyol kini berehat sempena sambutan Krismas semalam.

Sebaik liga bersambung 6 Januari depan, Barcelona dijadualkan berdepan musuh setempat, Espanyol manakala Real melayan kunjungan Real Sociedad sehari selepas itu.

Pasukan di tangga kedua liga, Atletico Madrid yang ketinggalan sembilan mata di belakang The Catalan pula bakal berkunjung ke Mallorca. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger