1News Online:
Home » , , » Fergie Akan Pecat Pemain Jika United Gagal Juara

Fergie Akan Pecat Pemain Jika United Gagal Juara

Tuesday, December 11, 2012 | 10:47 AM


Patrice Evra memperingatkan rakan-rakannya di Manchester United untuk tetap fokus agar tidak kembali kehilangan gelaran Premier League. Jika gagal merebut mahkota kejuaraan, saya yakin akan ada pemain yang dipecat oleh Pengurus, Sir Alex Ferguson.

Pada musim 2011/12, United terpaksa melepaskan gelaran juara Premier League kepada Manchester City. Perkara itu terjadi kerana mereka kalah perbezaan gol dengan jiran tetangga.

Patrice Evra masih ingat kejadian memilukan itu. Dia tidak ingin perkara serupa berulang pada musim 2012/13.

"Saya fikir Ferguson akan memecat setiap pemain jika kami gagal menjadi juara. Saya serius. Itu sama sekali tidak lucu bagi para peminat, pemain, dan semua orang," kata Evra seperti dikutip Daily Mail.

"Saya ingat kejadian musim lalu. Kami memimpin lapan mata depan City dan pada akhirnya kami gagal menjuarai liga," sambungnya.

Masa ini Red Devils sedang memimpin enam mata ke atas The Citizens. Mereka berhasil melebarkan jurang mata selepas mengalahkan City.

"Sangat penting meraih kemenangan ke atas City. Kami juga memecahkan rekod tanpa kalah mereka di padang. Secara psikologi, sangat penting mengalahkan mereka," kata Evra.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger