1News Online:
Home » , , » Fergie Bertemu Secara Rahsia Dengan Guardiola

Fergie Bertemu Secara Rahsia Dengan Guardiola

Wednesday, December 19, 2012 | 12:21 PM




Khabar terbaru dari Pep Guardiola. Diberitakan bahawa pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson melakukan pertemuan rahsia dengan bekas pengurus Barcelona itu di New York, Amerika.

Fergie terbang ke New York bersama isterinya, Cathy, untuk melakukan percutian sebelum hari Natal. Namun, dikhabarkan pula pengurus itu akan melakukan pertemuan dengan Guardiola yang masih ragu-ragu dengan masa depan kejurulatihanya.

Pep Guardiola di war-war sebagai pengganti Fergie di Man. United. Sejauh ini belum jelas sama ada  pengurus berusia 71 tahun itu akan memanjangkan masa kerjanya selama 26 tahun di Old Traffod .

Man. United menjadi sasaran utama Guardiola setelah Bayern Muenchen dan Chelsea. Sebaliknya, Guardiola menjadi pilihan utama Red Devils selepas Jose Mourinho dan pengurus Everton, David Moyes. Mourinho yang diberitakan akan segera meninggalkan Real Madrid menjadi calon kuat tetapi  peminat Old Trafford ramai yang tidak menyetujui kehadiran bekas pelatih Chelsea itu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger