1News Online:
Home » , , » Fergie cuba Kacau fokus City

Fergie cuba Kacau fokus City

Sunday, December 9, 2012 | 10:31 AM


PENGENDALI Manchester United, Sir Alex Ferguson kurang gembira dengan jumlah sepakan penalti diberikan kepada Manchester City setiap kali beraksi di Etihad.

Mengikut statistik, sejak dua musim lalu, City telah berjaya memperoleh 21 penalti di laman sendiri.

Manakala dalam tiga perlawanan terakhir, anak buah Roberto Mancini memperoleh empat sepakan penalti iaitu ketika menentang Aston Villa (2), Real Madrid (1) dan Everton (1).
 
Berdasarkan situasi tersebut, Ferguson berpendapat pemain City sangat bijak dalam mempengaruhi keputusan pengadil dan beliau bimbang taktik kotor itu akan diaplikasikan pada pertembungan derby Manchester di Etihad, malam ini.

"Saya pasti ramai yang curiga jika kami memperoleh 21 sepakan penalti di Old Trafford. Saya juga yakin akan timbul spekulasi liar mengatakan pengadil berpihak kepada kami," katanya. 

Kenyataan Ferguson itu dilihat satu lagi perang psikologi terhadap City menjelang pertembungan liga malam ini.

City memerlukan kemenangan bagi mengelak trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) jatuh ke tangan United musim ini.

The Citizens kini berada di tangga kedua dengan mengutip 33 mata ketinggalan tiga mata di belakang The Red Devils di puncak liga.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger