1News Online:
Home » , , » Fergie: Mourinho sesuai di sini

Fergie: Mourinho sesuai di sini

Monday, December 3, 2012 | 10:09 AM

Sir Alex Ferguson yakin bahawa Jose Mourinho mampu mengambil alih tempat beliau di Manchester United namun masa belum tepat.


Ramai orang telah menjangkakan bahawa pengurus Portugis itu merupakan calon terbaik untuk mengambil alih tempat Ferguson apabila beliau bersara dan meninggalkan Old Trafford kerana persamaan mereka dalam segi kelaparan untuk menang piala.

Pengurus Real Madrid itu amat terkenal dalam liga Ingerris setelah meraih kejohanan berturut-turut bersama Chelsea, mendidik pasukan itu selama tiga tahun dari 2004 hingga ke 2007, dan telah membuat penampilan pertama yang meninggalkan kesan apabila pasukan Porto menyingkirkan United dari Liga Juara-Juara pada tahun 2003.

Pasukan Porto beliau turut berjuang untuk menjuarai Piala Eropah dan Ferguson telah menyatakan kepada program ITV sempena meraih ulang tahun beliau ke sepuluh sebagai seorang pengurus, bahawa Mourinho mempunyai apa yang diperlukan untuk mengurus sebarang kelab di dunia.

Apabila ditanya jika Mourinho akan menggantikan beliau, beliau berkata: "Beliau boleh mengurus di mana-mana. Saya tidak akan membuat ramalan kelab untuk masa depan tetapi saya sedar bahawa saya tidak akan kekal mengurus buat selama-lamanya. Jose mampu mengurus di mana-mana dan ia tidak perlu diragukan.

Bukan seperti Ferguson, yang pernah bermain seketika dahulu, Mourinho tidak mempunyai banyak bermain di atas padang sebelum menjadi seorang pengurus dan itu telah membuat rekod merangkul 21 piala dalam kerjaya beliau selama sepuluh tahun lebih menakjubkan.

"Saya tidak pernah memikirkan bahawa seorang lelaki yang tidak pernah bermain bakal menjadi seorang pengurus terbaik, tetapi jika anda memerhatikan sikap beliau, saya merasakan bahawa ia merupakan fakta ke atas percapaian beliau," Ferguson menambahkan.

"Beliau adalah seorang yang gagah jadi saya berpendapat bahawa ia telah banyak membantu beliau dalam perjuangan.

"Rekod kejayaan beliau amat memuaskan. Pada kadar ini, beliau mampu mencapai lebih kemenangan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger