1News Online:
Home » , , » Ferguson Jose Mourinho Seorang Yang Tahan Disindir & Layak Urus United

Ferguson Jose Mourinho Seorang Yang Tahan Disindir & Layak Urus United

Monday, December 3, 2012 | 6:58 PM



PENGURUS MANCHESTER UNITED, Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa Jose Mourinho layak mengurus Manchester United selepas persaraannya nanti.

Pengurus Real Madrid itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City pada musim akan datang dan ketika ditanya mengenai perkara itu, Ferguson berpendapat, memang Mourinho lebih daripada layak menguruskan mana-mana kelab ternama di dunia ini termasuklah United.

Fergie, 70, bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas dan nyata bilakah beliau akan bersara sebagai pengurus United.

Mourinho, yang masih mengikat kontrak dengan Madrid sehingga 2016, masih menaruh hasrat untuk menjulang Piala Eropah bersama kelab Liga Perdana Inggeris - sesuatu yang hampir dicapainya bersama Chelsea selepas berjaya bersama Porto dan kemudiannya Inter Milan.


Pengurus berusia 49 tahun itu telah berjaya mengumpul 21 buah trofi dalam 10 tahun bersama pelbagai kelab Eropah.

Sementara Ferguson pula berjaya meraih 37 buah trofi dalam tempoh 26 tahun bersama United sahaja.

Menurut Ferguson apa yang telah dicapai oleh Mourinho adalah sesuatu yang sangat luar biasa dan menjangkakan angka kejuaraan yang akan dirangkulnya apabila mencecah umur 70 tahun sepertinya akan menjadi dua kali ganda.

Ferguson berkata dia masih ingat dalam sidang akhbarnya yang pertama selepas dilantik sebagai pengurus Chelsea, pengurus asal Portugal itu sangat angkuh apabila dia mengelarkan dirinya "The Special One".

"Tetapi selepas mengenalinya dengan lebih dekat saya semakin menyukai karakternya lebih-lebih lagi setiap kali dia datang berjumpa saya di pejabat dia boleh menerima sindiran dan ditertawakan tentang dirinya. Itu yang paling saya suka tentang dirinya," ujar Ferguson.

Menurut Ferguson, dia telah menyindir Mourinho beberapa kali dan pengurus muda itu akan mentertawakan setiap sindiran dan gurauan kasar Ferguson ke atas dirinya.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger