1News Online:
Home » , , » Ferguson takut kehilangan van Persie

Ferguson takut kehilangan van Persie

Wednesday, December 26, 2012 | 7:56 AM




LONDON - Pengendali Manchester United, Alex Ferguson menyifatkan, ketiadaan Robin van Persie sebagai suatu 'kehilangan' yang paling dirasai jika penyerang itu cedera.

Kebimbangan tersebut disuarakannya ketika pendahulu Liga Perdana England (EPL) itu sedang berusaha mengekalkan penguasaan dalam liga menjelang aksi menentang Newcastle United hari ini.

Van Persie memulakan karier menakjubkan bersama United selepas berpindah daripada Arsenal dengan harga £24 juta (RM118 juta) pada musim panas lalu.

Penyerang Belanda itu telah meledak 15 gol dan meletakkan skuad Ferguson empat mata mendahului juara bertahan, Manchester City ketika aksi memasuki perayaan Krismas.

Penyerang prolifik berusia 29 tahun itu memberi suntikan tambahan buat skuad The Red Devils sama seperti yang dilakukan oleh perancang Perancis, Eric Cantona serta pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang menjadi antara legenda terhebat buat United.

Selepas dikecewakan City musim lalu, United sangat memerlukan pendorong yang mampu merubah situasi United dan Ferguson percaya van Persie mampu merubah keadaan itu dengan membawa kejuaraan buat mereka.

"Saya sebenarnya tidak begitu gemar meletakkan harapan kepada seseorang individu tetapi kadang-kadang anda perlu mencari seseorang yang boleh merubah keadaan.

"Kami melakukan perkara itu apabila membawa masuk Eric Cantona ke Old Trafford. Cantona telah membuktikan bahawa dia adalah individu paling sesuai untuk kelab serta sangat tepat pada waktunya. Dia menjadi pemangkin serta batu loncatan buat kejayaan kami," kata Ferguson.

Kata Ferguson lagi, mereka tidak perlu membeli seseorang pemain dengan rekod yuran perpindahan.

Sebagai contoh, ketika membeli Cristiano Ronaldo, dia bukanlah satu rekod tertinggi, namun bintang Portugal itu mampu memberikan impak yang besar buat mereka sehingga dia menjadi pemain terbaik dunia.

Ferguson ternyata berang selepas pertahanan Swansea, Ashley Williams menendang bola ke kepala van Persie ketika penyerang Belanda itu sedang terbaring di atas padang ketika perlawanan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Liberty, Ahad lalu.

Ini kerana pengendali dari Scotland itu bimbang van Persie akan mengalami kecederaan sekali gus menggugat peluang United memburu kejuaraan liga musim ini. - AFP

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger