1News Online:
Home » » Fouziah Gous Nafi Kahwin secara senyap dengan VVIP

Fouziah Gous Nafi Kahwin secara senyap dengan VVIP

Monday, December 17, 2012 | 12:42 PM


Pelakon cantik, Fouziah Gous menafikan bahawa dia sudah pun berkahwin dengan seorang VVIP sebagaimana yang dihebohkan oleh beberapa pihak.

Ketika ditemui di lokasi pengambaran filem seram, “Sunti@Facebook” baru-baru ini, Fouziah Gous cukup terkejut dan kesal apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif seperti ini.

“Bagi saya, isu ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya kahwin secara senyap. Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan,” ujarnya dengan tegas.

Jelas Fouziah lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya dahulu.

“Bagi yang membuat gosip ini, sila kemukakan bukti yang mengatakan saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. Apa motifnya saya nak kahwin sorok-sorok? Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dia memang mahu melangkah ke alam perkahwina namun masih belum menemui jodoh yang sesuai lagi buat masa ini.

“Hati saya memang nak kahwin tetapi tiada jodoh lagi. Saya seorang yang memilih dan semestinya saya nak pilih yang terbaik untuk hidup saya. Lagi pun saya bukan jenis yang mudah jatuh cinta,” jelasnya lagi.

Terbaru, Fouziah Gous sedang menjalani sesi penggambaran filem seram “Sunti@Facebook” dan memegang watak Sunti, sorang gadis kampung yang telah dirogol oleh kumpulan remaja lelaki yang dikenalinya. Sunti muncul setelah dua tahun menghilangkan diri untuk membalas dendam kepada kumpulan remaja lelaki yang telah merogolnya melalui laman sosial ‘Facebook’.

Filem arahan James dan diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya (NSK) ini akan turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Izzue Islam, Lufya Omar, Jenny Cotez, Anas Mentor, dan juga Syazwan Zulkifli. Filem ini bakal menemui penonton pada pertengahan tahun 2013.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger