1News Online:
Home » , , » Gary Cahill Mengaku Dipukul Pemain Corinthians

Gary Cahill Mengaku Dipukul Pemain Corinthians

Monday, December 17, 2012 | 10:16 AM


Pertahanan Chelsea, Gary Cahill, menjelaskan kad merah yang diterimanya dalam pentas final Piala Dunia Kelab menentang Corinthians. Dia mengatakan bahawa pemain lawan, Emerson Sheik, terlebih dulu melakukan kekasaran

Bermain di Nissan Stadium, Jepun, Gary Cahill mendapat kad merah selepas melakukan pelanggaran keras terhadap Emerson pada minit-minit akhir perlawanan. Keputusan tersebut Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.

Tidak ingin disalahkan atas kad merah tersebut, Cahill memberi alasan. Dia mengatakan bahawa Emerson terlebih dahulu  melakukan kekerasan sehingga dirinya terpedaya untuk melakukan terjahan kasar.

"Saya telah terjah pemain itu. Kaki kami saling terpaut dan dia memukul muka saya dengan lengannya," ujar Cahill seperti diberitakan Daily Mail.

"Jadi, saya telah beraksi dengan tidak baik, tapi kami adalah dua pemain yang berbeza. Dia memukul wajah saya dan saya tidak berguling-guling selama lima minit sambil memegang muka seperti dia."

"Ini mungkin adalah kad merah, sebab reaksi lelaki itu benar-benar nampak parah jika anda melihatnya," kata pemain pasukan nasional Inggris tersebut.

Chelsea akhirnya kalah 0-1 kepada Corinthians dan gagal membawa trofi Piala Dunia Kelab. Selain itu, selepas mendapat kad merah, mereka kehilangan Cahill dalam Piala Capital One menentang Leeds United,
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger