1News Online:
Home » , , » Gerrard sasar tempat Ke Liga Juara-Juara

Gerrard sasar tempat Ke Liga Juara-Juara

Tuesday, December 11, 2012 | 11:21 AM

Kapten Steven Gerrard menyatakan bahawa pasukan kini sasar tempat dalam Liga Juara-Juara setelah Reds menewaskan West Ham 3-2 di Upton Park pada hari Ahad.

Liverpool kini hanya dikalahkan sekali dalam 11 perlawanan sebelum itu dan telah meningkatkan kedudukan liga dengan hanya jarak empat mata di belakang Everton yang berada di tempat ke empat.

Gerrard yakin bahawa Reds kini semakin memperbaiki dan mereka mampu mendapat tempat empat teratas.

"Saya amat bangga dengan pemain pasukan. Ia adalah sebuah persembahan yang hebat," beliau memberitahu Liverpool Echo setelah kemenangan menentang pasukan bimbingan Sam Allardyce.

"Saya berpendapat bahawa ramai orang telah meragukan pasukan dan merasakan bahawa kami tidak mampu menang tanpa penyerang utama tetapi kami telah datang ke sini, menjaringkan tiga gol dan memungut mata maksimum.

"Kami akan lebih memperbaiki. Kami mempunyai dua permainan menentang Aston Villa dan Fulhan di padang sendiri dan jika kami mampu menguasai dan mendapatkan mata maksimum, kami akan menghampiri tempat ke empat dalam liga.

"Kami harus berjuang sebagai satu pasukan dan menumpukan perhatian kepada Villa nanti. Kami sasar menghampiri tempat ke empat sebelum bulan Disember akhir."

Gerrard turut memuji pemain pertahanan, Glen Johnson yang telah menjaringkan gol pertama dalam permainan menentang bekas kelab dan menurut rakan sepasukan, kini mempunyai prestasi yang terbaik antara pemain yang sedang mempunyai posisi yang sama di dunia.

"Ia merupakan gol yang istimewa bagi Glen dan beliau telah menonjolkan kebolehan di atas padang," Gerrard berkata. "Beliau menyerlah sejak awal musim ini dan ia tidak mengejutkan saya kerana saya telah bermain bersama beliau di kelab dan juga di pasukan kebangsaan."

"Prestasi beliau amat mantap bukan hanya untuk musim ini, tetapi untuk masa jangka panjang. Beliau mungkin antara pemain pertahanan bek kanan yang terbaik di dunia pada masa ini."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger