1News Online:
Home » , , » Gunners tidak mampu menang BPL

Gunners tidak mampu menang BPL

Friday, December 14, 2012 | 4:38 PM

Lagenda Arsenal, George Graham tidak yakin kelab mampu menang kejohanan Liga Perdana selepas ini.

Walaupun Arsenal kekal layakkan diri masuk Liga Juara-Juara termasuk musim ini, mereka tidak begitu konsisten dalam saingan domestik dan telah meletakkan pasukan di tengah kedudukan Liga Perdana dan kehilangan tempat dalam saingan Piala Capital One.

Setelah meraih tiga kejohanan liga itu sebagai seorang pemain dan pengurus kelab, Graham memberitahu the Sun bahawa beliau amat kecewa, melihat badan induk Gunners berpuas hati dengan tempat Arsenal dalam kedudukan

"Kelab berpuas hati jika dapat tempat empat teratas tidak kira jika saya menyokong idea itu atau tidak. Mereka telah melakukan yang sama sejak 15 atau 16 tahun yang lalu dan ia merupakan objektif pasukan. Sejujurnya, mereka bukan pencabar yang cukup kuat untuk bertanding dalam Liga Perdana jadi untuk mendapat tempat empat terakhir, saya merasakan bahawa kelab cukup gembira dengan keputusan itu," Graham berkata.

"Saya tidak memikirkan bahawa Arsenal mampu bersaing dengan pasukan seperti Manchester City, Chelsea dan Manchester United. Saya berpendapat bahawa kami mampu mengatasi United kerana mereka tidak sekaya kededua pasukan yang lain. Namun, Arsenal mempunyai struktur mengenai gaji dan juga musim perpindahan di kelab . Mereka agak ketat dengan struktur itu dan itu adalah cara Arsenal berfungsi sebagai sebuah kelab. Mereka boleh meraih piala dan melayakkan diri ke Eropah. Mampukah mereka menang Liga Perdana? Saya rasa, tidak."

Seorang lagi lagenda Gunners, Nigel Winterburn yakin bahawa para penyokong berhak memarahi kakitangan kelab kerana telah membawa kelab ke haluan yang salah.

"Kebimbangan tidak muncul hanya pada musim ini tetapi sejak dua atau tiga musim yang lalu. Visi pasukan setelah dijual ke Emirates adalah untuk lebih meningkat supaya kami dapat bersaing bersama pasukan teratas. Namun, prestasi kami semakin merosot." Winterburn berkata.

"Kenapa pemain utama meningalkan pasukan? Adakah ia berlaku kerana mereka yakin kelab bukan di haluan yang benar atau mungkin kakitangan tidak mampu mengekalkan pemain itu. Ia akan membimbangkan para penyokong. Setiap hari, terdapat lebih keraguan mengenai tempat Arsene Wenger. Arsenal mempunayi pemain berkualiti.

Arsenal akan bertemu Reading dalam perlawnan Liga PErdana pada hari Isnin.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger