1News Online:
Home » , , » Gunners tidak terjejas

Gunners tidak terjejas

Tuesday, December 4, 2012 | 12:33 PM

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin bahawa pasukan tidak terjejas dengan protes yang dipamerkan oleh beberapa penyokong kelab.

Gunners ditewaskan oleh Swansea pada Sabtu lalu yang juga merupakan kali ketiga Arsenal tidak menang dalam Liga Perdana.

Pasukan turut merosot ke tempat ke sepuluh dalam kedudukan liga dan ia tidak mengembirakan beberapa para penyokong yang telah meluahkan perasaan mereka setelah perlawanan menentang anak bimbingan Michael Laudrup.

Wenger turut mengakui bahawa para penyokong Gunners berhak menyuarakan kebimbangan mereka namun menegaskan bahawa skuad tidak terjejas.

"Apabila seseorang ingin menyatakan sesuatu, ia penting untuk beliau melakukan sedemikian dan kami amat terbuka dengan itu. Kami tahu bahawa mereka tidak semestinya mewakili majoriti penyokong," Wenger berkata kepada laman web rasmi pasukan.

"Ia tidak menjejaskan para pemain. Saya yakin bahawa mereka fokus apa yang lebih penting dan itu sudah tentu bola sepak. Yang lain, ia adalah urusan anda."

Menyokong kenyataan pengurus, penjaga gawang Wojciech Szczesny menyakinkan para peminat bahawa pasukan sedang berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam permainan akan datang.

"Saya memang terkejut dengan kedudukan kami dalam liga tetapi apabila anda mempunyai pemain berkualiti, anda harus berjuang untuk meraih piala dan kami juga merupakan salah satu pasukan paling hebat di Liga Perdana," beliau mengatakan.

"Para penyokong tidak berhak melihat kami di tempat ke sepuluh jadi ia menjadi tanggunjawab kami untuk menyelesaikan masalah."

Arsenal akan ke Olympiacos untuk permainan berkumpulan terakhir dalam saingan Liga Juara-Juara pada hari Selasa.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger