1News Online:
Home » » Hadiah bapa bawa kemalangan

Hadiah bapa bawa kemalangan

Wednesday, December 26, 2012 | 8:02 AM



GEORGE TOWN – Kegembiraan seorang remaja lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai baru dihadiahkan oleh bapanya berkecai apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang, mangsa Muhammad Amshar Aniq Ruzaidi, 16, mati di tempat kejadian apabila motosikal berkuasa 1,000 cc yang ditunggangi terbabas lalu merempuh belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang diekorinya.

Mayat mangsa ditemui terbaring di atas jalan manakala motosikal jenis Honda CBR itu pula terseret sejauh 38.5 meter dari lokasi mayat mangsa.

Semasa kejadian, remaja berasal dari Taman Utara, Batu Uban itu menunggang seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar bandar.

Difahamkan, Muhammad Amshar baru memperoleh lesen memandu motosikal berkuasa tinggi pada 13 Disember lalu. Motosikal itu pula dikatakan hadiah ayahnya.
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 2 comments

December 26, 2012 at 3:41 PM

Innalillah.. Dh smpai msanya brtemu Yang Esa.. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 terpilih.. Al-Fatihah.. Amin..

December 26, 2012 at 3:44 PM

Innalillah.. Dh smpai msanya brtemu Yang Esa.. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 terpilih.. Al-Fatihah.. Amin..

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger