HANOI - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies
baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh
'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.
Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang
memperincikan penemuan pada 2011 itu.
Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand,
Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.
Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau
Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam.
Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies
itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan
haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti
seekor ular.
Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan
termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga
20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam.
Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. -
Agensi
Post a Comment