1News Online:
Home » » Ikut kemampuan beli telefon pintar

Ikut kemampuan beli telefon pintar

Sunday, December 30, 2012 | 3:28 AM




Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada individu lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.

“Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon.

“Belia perlu belajar tengok keperluan (rakan) yang lain, bukan tengok keperluan kita sendiri sahaja,” katanya kepada Bernama semalam.

Mohamed Maliki mengulas keresahan kalangan belia mengenai rebat itu yang hanya untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500.

Menurut beliau, telefon pintar dalam lingkungan harga tersebut tidak mempunyai fungsi yang mereka kehendaki dan meminta rebat RM500 itu dinaikkan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi baru-baru ini dipetik berkata, telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger