1News Online:
Home » , , » Jack Wilshere Buat Lawak?

Jack Wilshere Buat Lawak?

Monday, December 17, 2012 | 3:36 PM


TIDAK pasti adakah Jack Wilshere cuba berjenaka atau sebaliknya kerana beliau percaya pasukan Arsenal boleh menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ini kerana, mengikut kedudukan terkini carta pasukan liga, The Gunners ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu, Manchester United selepas mengharungi 16 perlawanan.

"Saya tetap realistik dan kami boleh mencapai sasaran itu. Memang diakui perjalanan liga masih panjang tetapi dalam bola sepak segalanya boleh berlaku.

"Seandainya kami menang tiga perlawanan dan pasukan lain tewas mahupun seri, kami pasti melonjak pada kedudukan lebih baik. Ia bukan mustahil dan kadangkala faktor tuah juga memainkan peranan kejayaan sesebuah pasukan," katanya.

Wilshere juga memberi contoh sebenar pasukan Chelsea yang muncul johan dalam Liga Juara-Juara Eropah musim 2011/2012 walaupun ramai pihak tidak menjangkakan kejayaan tersebut.

Menurutnya, mereka kini antara pasukan kelompok 16 terbaik di Eropah dan tidak mustahil mampu mengulangi pencapaian dilakar Chelsea, sekali gus menutup mulut pengkritik yang meragu kemampuan The Gunners saat ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger