1News Online:
Home » , , » Jan Vertonghen tolak tawaran Arsenal

Jan Vertonghen tolak tawaran Arsenal

Friday, December 14, 2012 | 5:34 PM

Jan Vertonghen mendedahkan bahawa beliau telah menolak tawaran Arsenal setelah mendapat tahu bahawa Arsene Wenger ingin meletakkan beliau di tengah padang.

Vertonghen menyertai Spurs dari Ajax pada musim panas dan telah menjadi pilihan kegemaran setelah mempamirkan persembahan yang mantap untuk pasukan bimbingan Andre Villas-Boas.

Pemain Beligum itu telah memulakan kerjaya beliau di White Hart Lane sebagai pemain pertahanan sekaligus menggantikan Benoit Assou-Ekotto yang dilanda kecederaan.

Pengurus Gunners, Wernger yang baru mengakui tertekan akibat permulaan yang lemah pada awal kempen, telah mengintai Vertonghen namun pemain yang berusia 25 tahun itu memutuskan untuk menyertai Tottenham setelah ia jelas bahawa pengurus Perancis itu hendak beliau beraksi di tengah padang.

"Mereka ingin saya mengawal benteng tengah padang," Vertonghen berkata kepada laman web rasmi Belanda, NUsport.

"Saya tidak gentar dengan persaingan, tetapi Spurs telah menarik perhatian saya."

Pengurus Spurs, Villas-Boas ingin meletakkan Gareth Bale di benteng pertahanan tetapi Vertonghen dikatakan lebih efektif semasa ketiadaan pemain Cameroon itu.

Kini, Assou-Ekotto telah kembali berlatih setelah dikecualikan selama tiga bulan dan Vertonghen bersedia untuk kembali di benteng pertahanan.

Beliau berkata: "Saya lebih suka beraksi sebagai pemain pertahanan.

"Gareth Bale terpaksa bermain di bek kiri namun ia tidak berbaloi jadi beliau ditolak ke depan dan saya ke belakang padang.

"Saya tidak seimbang dengan pemain seperti Nani dan (Raheem) Sterling."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger