1News Online:
Home » , , » Jangan terlalu berharap dengan Torres

Jangan terlalu berharap dengan Torres

Thursday, December 6, 2012 | 6:26 PM

Bekas penyerang Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink yakin bahawa Blues perlu mencari sumber lain untuk menjaringkan gol selain penyerang Torres.

Torres mengakhiri kemarau gol beliau dalam kemenangan 6-1 menentang pasukan Nordsjaelland pada malam Rabu dengan dua gol dan walaupun keputusan itu tampil hebat, kehebatan penyerang itu masih diragukan jika beliau mampu mengekalkan prestasi itu.

Ketidakmampuan penyerang Sepanyol itu di hadapan gawang telah banyak menjejaskan Chelsea pada musim ini. Mereka kelihatan terkial-kial setelah kehialngan bekas penyerang Didier Drogba dan kini mereka telah mencatatkan sejarah sebagai apsukan juara bertahan Liga Juara-Juara yang disingkirkan dari pertandingan sebelum Krismas. Mereka juga berada jarak sepuluh mata dari tempat utama dalam Liga Perdana.

Keputusan Chelsea turut menyebabkan pemecatan bekas pengurus Roberto Di Matteo yang digantikan oleh pengurus eksperimen, Rafael Benitez. Ia merupakan harapan pemilik Blues, Roman Abramovich untuk menyemarakkan semangat dalam bekas pemain Liverpool yang bernilai sebanyak 50 juta itu.

Walaubagaimanapun, Hasselbaink yang telah menjaringkan 88 gol dalam kesemua empat musim di Blues telah membuatkan beliau sebagai pilihan kegemaran di pasukan, menyatakan bahawa pasukan tidak patut bergantung kepada Torres untuk menjaringkan gol dan menggesa penyerang yang lain untuk berkongsi bebean itu.

"Saya berpendapat bahawa Benitez memerlukan gol dari sesiapa - bukan hanya dari Fernando," Hasselbaink memberitahu BBC Radio 5.

"Ramai orang sedang menantikan Fernando untuk menjaringkan gol dan ia benar bahawa beliau harus lebih menyerlah.

"Apabila anda bermain dalam pasukan seperti ini, anda patut mendapat jaringan gol dengan mudah dan tidak bergantung hanya kepada penyerang.

Namun, bekas pemain yang berusia 40 tahun itu telah memberikan amaran kepada Torres bahawa kesabaran peminat tidak akan bertahan lama lagi dan ingin bekas pemain Atletico Madrid itu untuk lebih meningkat.

Ramai orang akan memerhatikan Torres sekali lagi apabila pasukan Blues bertemu Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana akan datang pada hari Sabtu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger