1News Online:
Home » » J.Lo Bawa Anak-Anak Dan Kekasih Ke Malaysia

J.Lo Bawa Anak-Anak Dan Kekasih Ke Malaysia

Sunday, December 2, 2012 | 6:05 PM



PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez yang bakal mengadakan konsert sulungnya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada malam ini hadir ke ibu negara bersama-sama anak kembarnya, Max dan Emme Anthony dan kekasih, Casper Smart.

Portal redcarpet.net.my melaporkan Jennifer yang lebih mesra dengan sapaan J.Lo dan keluarganya menggunakan jet peribadi dan mendarat di Lapangan Terbang Subang dekat sini pada pukul enam petang, Sabtu.

"JLo membawa hampir 100 orang bersama-samanya termasuk ahli keluarga, penari, penyanyi latar dan pemuzik," menurut jurucakap pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing itu dilaporkan menetap di tingkat 35, Presidential Suite, Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Menurut sumber, JLo dan keluarganya akan menggunakan pintu untuk tetamu khas di hotel berkenaan sebagai langkah keselamatan.

"Peminat tidak dinasihatkan untuk menunggu JLo di lobi hotel kerana pihak sekuriti akan mengawal ketat demi keselamatannya," ujarnya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger