1News Online:
Home » , , » Kami akan fokus

Kami akan fokus

Thursday, December 13, 2012 | 5:14 PM

Rafael Benitez bertekad akan menurunkan skuad yang kuat dalam perlawanan separuh akhir dalam saingan Piala Kelab Dunia menentang Monterrey.

Pasukan juara Eropah itu tiba di Jepun empat hari yang lalu tetapi masih perlu menyesuaikan diri dengan perbezaan masa sembilan jam sebelum pertemuan bersama pasukan lawan CONCACAF pada hari Khamis.

Memandangkan pasukan lawan yang kelihatan lemah, pengurus Benitez mempunyai kelebihan untuk merehatkan beberapa pemain bintang kerana mereka bakal melalui jadual yang padat.

Namun, pengurus Sepanyol itu bertekad untuk menurunkan skuad yang mantap di Stadium Nissan.

Ditanya jika beliau akan menyertakan pasukan muda pada hari Khamis, beliau berkata: "Tidak, saya ingin menang permainan ini. Saya akan memilih pemain untuk menang dalam perlawanan pertama.

"Anda tidak boleh memikirkan tentang perlawanan final sebelum menang perlawanan separuh akhir."
Benitez yang pernah menyertai pertandingan ini sebanyak tiga kali, menambahkan: "Pengalaman saya dalam pertandingan ini adalah untuk memerhatikan mereka pada hari sebelum perlawanan supaya kami dapat meneliti kecergasan pemain.

"Saya masih belum membuat keputusan."

Benitez mengakui bahawa pemain masih perlu menyesuaikan diri kepada perbezaan zon masa dan berjenaka bahawa fokus utama Chelsea adalah untuk "berehat lebih dari empat jam".

Beliau menambahkan: "Kami akan cuba menyesuaikan diri kepada zon masa di sini termasuk padang dan bola yang digunakan.

"Ia semua baru untuk beberapa pemain tetapi kami akan memberikan yang terbaik."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger