1News Online:
Home » , , » Kami ingin menang Piala Dunia Kelab

Kami ingin menang Piala Dunia Kelab

Tuesday, December 11, 2012 | 4:04 PM

Penyerang Chelsea, Fernando Torres menyatakan bahawa pasukan akan berjuang untuk meraih Piala Dunia Kelab dan menegaskan kepentingan pertandingan itu.

Torres yang telah banyak beraksi untuk Chelsea setakat ini, kelihatan semakin mantap setelah menjaringkan beberapa gol dalam perlawanan menentang pasukan Danish, Nordsjaelland dalam saingan Liga Juara-Juara dan juga dalam pertemuan bersama Sunderland dalam Liga Perdana.

Penampilan kembali pemain antarabangsa Sepanyol itu tiba pada masa yang tepat selaku Blues yang telah menjuarai Liga Juara-Juara pada musim lalu, ke Jepun pada hari Ahad untuk pertandingan Piala Dunia Kelab.

Walaupun pertandingan itu tidak berprestij seperti yang di Eropah, Torres menegaskan bahawa pasukan Blues tidak akan leka dan akan berjuang untuk memenangi saingan itu.

"Ramai orang berpendapat bahawa pertandingan tidak seimbang dengan saingan Piala Dunia," bekas pemain Liverpool berkata kepada laman web rasmi Liverpool.

"Ia hanya untuk kelab di seluruh dunia. Anda boleh menanyakan rakyat Amerika Selatan.

"David Luiz telah menunjukkan rakaman video peminat Corinthians di lapangan terbang kepada saya. Ia dipenuhi dengan peminat kelab yang telah ke Jepun untuk memberikan sokongan jadi itu amat penting.

"Mungkin ia tidak berprestij di Eropah jadi ia tidak sepenting pertandingan yang lain namun ia amat bermakna bagi saya.

"Jadi ia bukan masa rehat, ini adalah saingan Piala Dunia.

"Ia amat hebat untuk menyertai pertandingan seperti ini sebagai juara dunia.

"Piala Super Eropah turut sama penting untuk pasukan dan kami telah gagal jadi kami tidak ingin mengulangi kekecewaan yang sama."

Torres turut kecewa dengan ketidakmampuan Blues untuk melayakkan diri ke tempat 16 teratas dalam Liga Juara-Juara sekaligus menjadi pasukan juara bertahan Eropah pertama untuk disingkir dari peringkat berkumpulan.

Torres telah menjaringkan sebanyak 11 gol dalam 25 permainan dalam semua pertandingan untuk Chelsea dan dijangka akan menambahkan mata apabila Blues bertemu Monterrey dalam peringkat separuh akhir di saingan Piala Dunia Kelab.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger