1News Online:
Home » , , » Kami patut dipersalahkan

Kami patut dipersalahkan

Wednesday, December 5, 2012 | 3:23 PM

Joe Hart mengakui bahawa Manchester City hanya mampu menyalahkan diri sendiri setelah disingkir keluar Liga Juara-Juara tanpa satu kemenangan.


City ditewaskan 1-0 dalam permainan berkumpulan terakhir kepada Borrusia Dortmund di Jerman sekaligus mendapat tempat paling rendah dengan hanya tiga mata dan juga terlepas dari tempat dalam saingan Liga Eropah.

Penjaga gawang England itu memberitahu Sky Sports bahawa beliau kurang pasti di mana pasukan juara Liga Perdana itu mula lemah dan berkata: "Kami perlu menyelesaikan masalah itu."
Sebelum kekalahan itu, City sedar bahawa mereka perlu menang untuk mendapat tempat ketiga dan Hart menyatakan peluang tipis masih kekal sebelum dirampaskan oleh jaringan gol Julian Schieber pada minit ke 57.

"Saya berpendapat bahawa kami masih mempunyai peluang tetapi apabila pasukan lawan berjaya menjaringkan gol, peluang itu sudah tiada," beliau berkata.

Hart mengakui bahawa City amat kecewa setelah mendapat tempat terakhir dalam kumpulan yang mempunyai pasukan seperti Real Madrid, Ajax dan juga Dortmund.

"Sudah tentu kami telah menjangka cabaran kumpulan," beliau berkata. "Kami tidak mampu melayakkan diri, termasuk Liga Eropah juga.

"Kami inign menang namun telah dikecewa.kan Kami teringin menyertai Liga Eropah dan kini, kami hanya mampumenyalahkan diri sendiri.

City perlu menyusuli kegagalan itu sebelum perlawanan derbi Manchester pada hari Ahad di mana mereka harus menang untuk menutup jarak tiga mata bersama pencabar terdekat, United di tempat utama.

Namun, Hart tidak merasakan bahawa kekecewaan itu akan berlangsung.

"Sudah tentu kami kecewa di Eropah tetapi kami amat hebat dalam liga jadi kami tidak mempunyai sebarang kebimbangan," beliau berkata.

"Kami mengharapkan dapat memenangi Liga dan memperbaiki prestasi Eropah kami pada tahun hadapan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger