1News Online:
Home » , , » Kami sedia bertemu United - Mancini

Kami sedia bertemu United - Mancini

Wednesday, December 5, 2012 | 1:34 PM

Manchester City terpaksa bangkit semula setelah tidak mampu mengekalkan kempen Liga Juara-Juara mereka apabila disingkirkan oleh Borussia Dortmund.

Pasukan bimbingan Roberto Mancini itu mempunyai masa sehingga hari Ahad untuk menyusuli kekecewaan sebelum bertemu pasukan lawan Manchester United dalam perlawanan derbi yang dinanti-nantikan ramai dalam Liga Perdana Barclays.

Mancini berkata: "Saya tidak mempunyai masalah dengan pasukan pada masa ini.

"Kami tidak kehilangan Liga Juara-Juara pada hari Selasa - ia sudah jelas bahawa kami hanya kehilangan peluang untuk melayakkan diri masuk Liga Eropah.

"Namun selepas itu, saya merasakan ia penting untuk kami menumpukan perhatian kepada perlawanan derbi.

"Kami mempunyai lima hari untuk mengukuhkan pasukan dan saya tiada masalah melakukan sedemikian."

City sedar bahawa mereka tidak mampu melangkah masuk peringkat kalah mati dan dikatakan telah menumpukan perhatian untuk mempertahankan piala Liga Perdana. Mancini menolak dakwaan itu namun mengakui bahawa mereka kini mempunyai kelebihan.

Beliau berkata: "Ia merupakan perkara yang baik kerana kami tidak akan beraksi pada hari Khamis.

"Namun, kami akan bertemu sebuah pasukan seperti United yang biasa bermain setiap minggu dalam kededua saingan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana.

"Keputusan kini bergantung kepada kami."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger