1News Online:
Home » , , » Kami tidak mampu halang Walcott tinggalkan Arsenal

Kami tidak mampu halang Walcott tinggalkan Arsenal

Wednesday, December 19, 2012 | 12:33 PM

Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen menyatakan bahawa rakan sepasukan tidak mampu menghalang pemergian Walcott dari kelab pada akhir musim.

Walcott diletakkan dalam posisi penyerang utama dalam perlawanan menentang Reading pada malam Isnin di mana beliau telah menjaringkan gol terakhir dalam kemenangan 5-2 yang turut membangkitkan Gunners dalam kedudukan dengan jarak dua mata di belakang tempat ke empat.

Pemain yang berusia 23 tahun itu sedang merundingkan kontrak lanjutan bersama kelab.

Namun, dengan musim perpindahan pada bulan Januari yang semakin hampir, harapan untuk mengekalkan beliau di kelab kelihatan pudar.

Setelah menyaksikan rakan akrab dan bekas kapten, Robin van Persie meninggalkan pasukan pada musim panas, beliau tidak mampu bersetuju dalam kontrak baru, Vermaelen mengakui bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apa kerana setiap pemain terlalu sibuk dengan permainan sepanjang musim," Vermaelen berkata.

"Ia berlaku bersama Robin pada musim panas. Ia adalah tugas badan induk kelab untuk memutuskan keputusan terakhir jadi kami tidak mampu menghalang pemergian beliau."

Pemain pertahanan Vermaelen menambahkan: "Theo amat berharga untuk pasukan. Beliau mampu mengancam pasukan lawan dan menyemarakkan semangat dalam perlawanan. Saya mengharapkan bahawa beliau akan kekal pada tahun ini."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger