1News Online:
Home » , , » Kecederaan hamstring alami Lukas Podolski

Kecederaan hamstring alami Lukas Podolski

Friday, December 7, 2012 | 12:06 PM

Lukas Podolski akan dikecualikan dari pertemuan Liga Perdana Barclays bersama West Brom pada hari Sabtu kerana kecederaan hamstring.

Theo Walcott, Bacary Sagna dan Laurent Koscielny telah dikecualikan akibat kecederaan - betis, kaki dan peha - sementara pasukan Gunners cuba membangkit semula dari kekalahan kepada Swansea dan Olympiacos.

"Sejak malam Selasa di Greece, kami tidak mempunyai masalah kecederaan yang baru jadi kami mempunyai kesebelasan pasukan yang disertakan dari skuad yang telah beraksi pada hari Selasa dan Sabtu," pengurus Arsene Wenger memberitahu laman web rasmi kelab.

"Podolski mengalami kecederaan hamstring. Ia dijangka bukan masalah berpanjangan. Andre Santos tidak akan beraksi pada hari Sabtu tetapi beliau hampir pulih dari kecederaan."

Bilik rawatan Arsenal yang kini sibuk, merupakan masalah bagi Wenger yang sedang berjuang untuk menyelesaikan masalah kelab dalam Liga Perdana. Mereka berada di tempat ke sepuluh dengan jarak lima mata jauh dari tempat ke empat.

Posisi Wenger sebagai pengurus kelab turut diragukan dan pengurus Perancis itu bakal kehilangan beberapa pemain utama seperti Sagna yang dilaporkan kurang bahagia dengan tawaran kontrak lanjutan selama 12 bulan.

Pemain pertahanan Perancis yang berusia 29 tahun itu turut mempercayai bahawa Gunners harus lebih meningkat.

"Kami harus menjadi lebih bijak dalam perlawanan. Kami mempunyai beberapa peluang untuk menang tetapi kami telah membazirkan mereka," Sagna memberitahu Arsenal Player.

"Kami harus berusaha sedaya updaya untuk menyelesaikan masalah. Kami harus fokus di atas padang dan bekerja lebih kuat dalam sesi latihan. Jika kami melakukan sedemikian, sudah tentu rancangan akan berjalan dengan lancar.

"Semua pasukan tampil hebat dalam Liga Perdana. Apa-apa boleh berlaku. Kami telah melakukan beberapa kesilapan sebelum itu dan kini, kami ingin membangkit semula."

Sagna juga menegaskan bahawa beliau bahagia di Arsenal setelah melalui kecederaan kaki pada tahun lalu.

"Saya bahagia di sini kerana dapat kembali beraksi bermain untuk Arsenal dan saya sedang menantikan lebih peluang untuk beraksi dalam perlawanan pada musim ini." beliau berkata.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger