1News Online:
Home » , , » Kedua-dua kelab harus bangkit

Kedua-dua kelab harus bangkit

Friday, December 7, 2012 | 2:47 PM

Ryan Giggs mengakui bahawa kedua-dua kelab Manchester harus bangkit dari kekalahan baru-baru ini sebelum pertemuan derbi pada hari Ahad.

United kini berada jarak tiga mata di depan City yang juga berada jarak tujuh mata di depan Chelsea yang telah mendapat tempat ke tiga.

Pasukan duo dikritik pada musim ini setelah Red Devils di Reading akibat kubu pertahanan yang lemah dan Blues yang tersingkir dari Liga Juara-Juara sekaligus mencatatkan nama sebagai persembahan paling buruk dari sebuah pasukan Inggeris dalam sejarah pertandingan.

"Kami berdua sedang berada dalam situasi yang sama," Giggs berkata.

"Kami masih dalam posisi yang baik dalam liga tetapi kami tidak begitu menyerlah seperti musim lalu.

"Ia amat membimbangkan kerana kami ingin menonjolkan yang terbaik.

"Kami ingin menjadi pasukan yang terbaik dan setiap pemain ingin memberikan yang terbaik.

"Kami masih yakin dapat menjaringkan gol. Namun, ia tidak bermakna bahawa patut leka di benteng pertahanan kerana kami patut henti membolosi jaringan gol."

Giggs telah membuat sebanyak 35 penampilan dalam pertandingan yang sama. Namun, pemain veteran Welsh itu enggan menyifatkan City sebagai pasukan yang lebih sengit dari sesiapa yang pernah United bertemu dalam beberapa tahun ini.

"Ia tidak bermakna bahawa perlawanan lebih penting jika ia mempunyai City," Giggs berkata.
"Kami mempunyai musuh saingan yang berlainan.

"Liverpool merupakan pasukan lawan yang paling hebat untuk kami. Mereka sentiasa mencabar kami.

"Arsenal juga adalah pasukan yang hebat dan kami telah melalui beberapa pertemuan sengit. Chelsea pernah dibimbing Jose Mourinho dan sekarang, City dikenali sebagai salah satu pasukan teratas.

"Kami ingin menang liga tidak kira sesiapa pasukan lawan."

Walaubagaimanapun, pemain Welsh itu sedar akan kepentingan perlawanann pada hari Ahad.

"Kami sedar bahawa kualiti pasukan City dalam beberapa tahun ini semakin meningkat," Giggs berkata.

"Kededua perlawanan menentang mereka telah menjejaskan akhir keputusan pertandingan pada musim lalu. Kini, kami mengharapkan dapat keputusan yang dapat menyelamatkan kami pada akhir musim."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger