1News Online:
Home » , » Kemungkinan Besar Fellaini di Gantung Sembilan Perlawanan

Kemungkinan Besar Fellaini di Gantung Sembilan Perlawanan

Monday, December 17, 2012 | 10:53 AM


Kemungkinan besar Everton akan tampil tanpa Marouane Fellaini untuk masa yang cukup lama. Pemain tengah asal Belgium itu kemungkinan mendapat pergantungan sembilan perlawanan akibat aksi yang dilakukannya dalam perlawanan menentang Stoke City.

Marouane Fellaini dengan sengaja menanduk muka kapten Stoke, Ryan Shawcross, semasa perlawanan memasuki babak kedua. Tetapi, tindakan pemain tersebut terlindung dari penglihatan pengadil Mark Halsey yang mengadili perlawanan tersebut.

Fellaini tidak akan bebas dari hukuman. Daily Mail melaporkan bahawa Federasi Bola Sepak England (FA) melihat video perlawanan untuk menyelidik pelanggaran yang dilakukan pemain.

FA hampir pasti menggantung Fellaini tiga perlawanan. Dia juga akan mendapat hukuman tambahan sebanyak enam perlawanan kerana sebelumnya berusaha menyiku, memukul, dan menanduk Shawcross untuk kali kedua.

Jika dijumlahkan, Fellaini akan mendapat penggantungan sebanyak sembilan perlawanan. Dia tidak akan bermain sehingga akhir tahun 2012.

Fellaini sudah meminta maaf kepada Shawcross. Dia mengaku menyesal tidak mampu mengawal emosi.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger