1News Online:
Home » » Kena Dakwa Mekanik dera anak tiri

Kena Dakwa Mekanik dera anak tiri

Wednesday, December 19, 2012 | 10:08 AM



Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendera anak tirinya yang berusia tiga tahun menggunakan senduk nasi dan acuan maruku dalam kejadian di sebuah rumah di Kapar di sini pada September lalu.

Tertuduh, T. Rajasegaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tindakannya yang mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak lelaki itu yang merupakan anak kepada isteri keduanya.

Majistret Suhaima Mohd. Noor menetapkan 15 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenar ikat jamin dengan alasan demi keselamatan mangsa yang tinggal bersamanya.

Rajasegaran dari Kapar di sini diheret ke mahkamah rentetan aksi dera tertuduh terhadap seorang budak lelaki yang dirakam menggunakan telefon bimbit tersebar di laman soasial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lalu



Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

December 20, 2012 at 3:17 PM

tak megaku besalah bunuh sja dia or baling dgn tong gas..suka2 je dera budak dgn acuan meruku pe..or penjara seumur hidup..selama pobia n mental anak tuh tak pulih smpi tu gak dye teperuk dlm penjara..hukum gak cmne dye buat kat budak tuh..ingat anak tu nak berbapa dia kh klu anak tuh tau cmne dia kena buat..

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger