1News Online:
Home » » Kindle Memperkenalkan Perkhidmatan kandungan Kanak-Kanak

Kindle Memperkenalkan Perkhidmatan kandungan Kanak-Kanak

Thursday, December 6, 2012 | 1:42 AM



NEW YORK: Amazon.com Inc (Amazon) melancarkan perkhidmatan langganan permainan, video dan buku untuK kanak-kanak yang disasarkan bagi meningkatkan penggunaan produk komputer tablet Kindle Fire di kalangan segmen terbabit.

Amazon berkata, pelanggan boleh mendapatkan akses perisian untuk segmen kanak-kanak tetapi ibu bapa boleh menetapkan tempoh khusus ketika menikmati kandungan dan perkhidmatan terbaru untuk produk Kindle.
Katanya, perkhidmatan yang dibangunkan untuk segmen pelanggan kanak-kanak itu dibangunkan khusus bagi usia antara 3 hingga 8 tahun pada harga AS$2.99 untuk seorang, bagi ahli Amazon Prime.

Syarikat peruncitan dalam talian terbesar di dunia itu merancang untuk melancarkan perkhidmatan Kindle FreeTime Unlimited esok, yang mana ia boleh dimuat turun dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Ia yang boleh diperolehi menerusi kemas kini perisian automatik itu menyediakan akses ribuan kandungan video, permain video maya dan buku.
Menerusi pelan Keluarga untuk enam kanak-kanak, ia ditawarkan pada harga AS$9.99 sebulan dan AS$6.99 untuk ahli Prime. - AP




Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger