1News Online:
Home » » Koperal Jenain Subi Di Lepaskan Dari hukuman

Koperal Jenain Subi Di Lepaskan Dari hukuman

Thursday, December 6, 2012 | 2:51 AM



SHAH ALAM - Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dua tahun lalu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan tersebut.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan demikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September, tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati bahawa anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Menurut beliau, Jenain tidak seharusnya dipersalahkan kerana menyebabkan kematian mangsa.
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 6, 2012 at 7:04 PM

Bodoh punya kerajaan,seorang dah meninggal,spa nak buat

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger