1News Online:
Home » , , » Liga Europa Chelsea Tak Layak - AVB

Liga Europa Chelsea Tak Layak - AVB

Friday, December 7, 2012 | 2:32 PM

Andre Villas-Boas berpendapat Chelsea tidak layak beraksi dalam Europa League dan merasakan takdir akan menemukan mereka dan Tottenham dalam pusingan kalah mati.

Spurs menempah tempat ke pusingan kalah mati Europa League selepas menang 3-1 ke atas Panathinaikos di White Hart Lane pada Khamis malam.

Chelsea tersingkir dari Liga Juara Juara walaupun menang 6-1 ke atas Nordsjaelland tetapi Villas-Boas tidak akan bertemu mereka sehingga pusingan seterusnya kerana pasukan dari negara yang sama tidak boleh bertemu masing-masing sehingga pusingan ketiga.

Villas-Boas yang menjuarai kejohanan itu dengan FC Porto pada 2010 merasakan ia tidak adil untuk Chelsea, dan semua yang tersingkir dari Liga Juara Juara dibenarkan beraksi dalam kejohanan ini.
"Saya rasa ia sangat tidak adil," kata pengurus Tottenham itu.

"Ia lebih adil jika mereka ke Europa League apabila tersinkir dari suku akhir Liga Juara Juara.

"Anda tidak boleh berikan bonus kepada pasukan yang gagal dan pada pendapat saya pasukan yang tersingkir dari Liga Juara Juara dan mendapat tempat dalam Europa League adalah satu bonus yang besar.

"Saya tidak hanya mengatakan ini sekarang. Saya telah mengusulkan perkara ini dalam mesyuarat UEFA sebelum ini. Terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan tetapi saya rasa ia tidak adil."

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger