1News Online:
Home » , , , » Lima Pemain Tengah Menjadi sasaran Man. United pada Januari

Lima Pemain Tengah Menjadi sasaran Man. United pada Januari

Wednesday, December 19, 2012 | 10:54 AM


Manchester United masa ini masih selesa di puncak Premier League dengan enam mata ke atas Manchester City dan telah memastikan diri layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara. Namun,  The Red Devils mesti memperkuatkan skuad mereka pada Januari jika ingin menjadi juara domestik dan Eropah.

Salah satu yang menjadi punca kelemahan Manchester United adalah pemian tengah. The Red Devils perlu membawa seorang pemian tengah hebat yang mampu mengisi posisi penting dalam permainan. Inilah lima pemain tengah yang layak di bawa masuk Sir Alex Ferguson pada perpindahan musim dingin menurut talk SPORT.


1. Joao Moutinho (Porto)

Joao Moutinho memiliki kemampuan untuk mengisi bahagian tengah pasukan United. Dia memiliki kemampuan mengumpan, visi permainan, dan stamina yang diperlukan untuk bermain di Premier League. Tidak hanya itu, pemain pasukan nasional Portugal tersebut juga mampu bermain sebagai  playmaker.

2. Benat Etxebarria (Real Betis)

Nama Benat memang belum setarapf Moutinho, namun jangan diremehkan peranan pemain berusia 25 tahun itu dalam membawa Betis ke La Liga dua musim lalu dan kini membawa pasukan asal Andalusia itu berada di atas liga. Gaya permainannya disebut-sebut sangat mirip dengan pemian tengah Real Madrid, Xabi Alonso.

3. Wesley Sneijder (Internazionale)

Khabar angin perpindahan Wesley Sneijder ke Old Trafford kembali bertiup kencang setelah dirinya menolak tawaran memanjangkan kontrak yang diberikan Inter. Sudah menjadi rahsia umum jika United sangat meminati pemain berasal dari Belanda itu. Dia menjadi pemain yang tepat untuk United kerana sangat mengenali gaya permainan penyerang maut The Red Devils, Robin van Persie.

4. Xabi Alonso (Real Madrid)

Meskipun statusnya adalah bekas pemain Liverpool, namun Xabi Alonso boleh menjadi penyelesaian yang selama ini dicari United dalam rangka merebut trofi Premier League dan Liga Juara-Juara. Apalagi pemain pasukan nasional Spanyol itu diisukan ingin meninggalkan Santiago Bernabeu setelah Los Blancos tampil buruk pada musim ini.

5. Kevin Strootman (PSV Eindhoven)

Kevin Strootman merupakan salah satu pemain yang akan dilepaskan PSV dalam waktu terdekat dan sangat menyukai Premier League. Kualiti teknik pemain pasukan nasional Belanda itu tidak perlu dipersoal. Dia juga mampu membaca permainan dan mampu menjaringkan gol. Namun, dia memiliki kelemahan dalam pengalaman kerana masih mentah dalam peringkat Eropah.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger